Program Iud 2019 Photoshop Dan Video (Modul I)
16 Mac 2019 | Aktiviti TerkiniPada 15/03/2019 (Jumaat) telah diadakan Program Inovasi Usahawan Desa (IUD) Pengnalan Asas Keusahawanan bagi Modul I di Pusat Internet Chengal dan Pusat Internet Semuba. Seramai 22 Orang peserta telah terlibat dalam program ini. Matlamat utama program ini diadakan adalah untuk membangunkan usahawan desa
di sekitar Pusat Internet seluruh KDN 1 merangkumi 11 Pusat Internet di Kelantan. Program ini merupakan satu platform bagi menyemar informasi terkini berkaitan dunia perniagaan digital kepada usahawan-usahawan desa yang mempunyai produk mereka sendiri yang dapat dikomersilkan dengan bantuan dari segi teknikal dan taktikal oleh staf-staf dari Pusat Internet Kelantan yang dijalankan selama 3 bulan secara bersiri.
Para Peserta di beri pendedahan tetang penggunaan photoshop bagi menyinting gambar produk mereka agar kelihatan lebih menarik dan mampu menarik pelanggan. Selain itu, peserta juga diajar cara membuat video tetang produk yang mereka pasarkan bagi manarik lebih ramai pelanggan
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: